? ??????????????Splatter Pattern? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??20 Grabs Today. 2469 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Lost in the View? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (3 Ratings)??17 Grabs Today. 1082 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 30, 2009

Aktiviti 2

Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam Pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk:

tajuk yang saya pilih adalah Mitosis (biology).

Antara masalah - masalah yang timbul adalah:



1. Peruntukan masa yang tidak digunakan sepenunhya.
2. sebutan term yang tidak jelas
3. pronounsation tidak clear menyebabkan ilmu yang hendak disampaikan tidak dapat diterima sepenuhnya oleh pelajar
4. keadaan kelas yang idak kondusif/ tidak selesa
5. pelajar kurang memeberi perhatian yang sepenunuhnya terhadap guru yang mengajar



strategi untuk mengatasi masalh ini adalah dengan:

1. menggunakan masa untuk P&P semaksimum yang mungkin dengan membuat rancangan pengajaran harian (RPH) agar guru tidak akan tertinggal sebarang isi-isi yang penting perkara yang hendak diajar serta guru dapat menggunakan masa dengan bijak serta objektif pengajaran tercapai.

2. guru juga boleh menggunakan alat bantuan mengajar yang pelbagai agar dapat menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu topik dan ini tidak akan membosankan para pelajar.

3. guru juga boleh mengaitkan sesuatu topik dengan perkara yang berlaku disekeliling
kehidupan kita.

refleksi BIG- aktiviti I

Penambahbaikan yang perlu saya lakukan.

1. suka membuat kerja last minute/ kerja yang tertangguh-tangguh.

2. mempunyai kurang keyakinan untuk melakukan sesuatu.

3. perlu meningkatkan kemahiran kepimpinan.



matlamat atau objektif pelan tindakan.

1. saya dapat melakukan perancangan yang lebih awal dalam melakukan sesuatu perkara supaya apa yang kita rancang akan menjadi lebih teratur dan sempurna.

2. saya akan mempunyai lebih keyakinan diri dalam melakukan sesuatu tanpa raa malu dan takut ditertawakan oleh orang lain.

3. kepimpinan saya akan lebih terselah dan berupaya memimpin rakan -rakan dalam melakukan sesuatu perkara.



Pelan tindakan.

Langkah -langkah yang perlu diambil

1. menambah bahan bacaan tentang bagaimana untuk menjadi pemimpin dan apakah ciri - ciri eorang pemimpin yang berjaya.

2. apabila mendapat sesuatu tugasan , terus membuatnya tanpa menangguh lagi kerja tesebut.

3. menanam motivasi yang tinngi untuk menjadi lebih berkeyakinan.

4. meminta bantuan rakan agar mengingatkan saya apabila saya terleka.

5. perlu mengahadiri ceramah - ceramah,seminar dan public speaking bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri dan bagaimana untuk menjadi pemimpin yang bekesan.



Bagaimana mengumpul data

1. saya akan menyenaraikan setiap tugasan yang saya apat dengan dateline agar saya tidak lagi akan tertangguh - tangguh melakukan kerja. saya juga akan membuat questionare kapada rakan - rakan saya adakan saya masih lagi berada di takuk lama.



Bagaimana saya memantau

1. aya akan memantau samaada saya dapat menyiapkan sesuatu tugasan pada masa yang telah ditetapka atau tidak. Selain itu saya juga akan bertanya pendapat rakan - rakan adakah saya dapat meningkatkan rasa kurang keyakinan diri atau tidak.


Bagaimana menilai.


1. saya akan menilai setiap perancangan dan kaedah - kaedah yang saya gunakan samaada berkesan atau tidak. Jika saya masih tidak dapat menggurangkan rasa keyakinan, membuat kerja last minute dan masih lagi kurang daya kepimpinan,maka saya perlu mengubah kaedah - kaedah tersebut dengan menukar kepada strategi yang baru.

Monday, April 27, 2009

Rujukan Kajian Tindakan

Title: Teacher Research ( From design to Implementation)

Author: Colin Lankshear & Michele Knobel

Year of Publication: 2004

State: New York, US

Published by : Open University Press,UK



Title : Action Research in Teaching and Learning

Author: Lin S. Norton

Year of Publication: 2009

State: New York, US

Published by: Taylor & Francis Books

Contoh Kajian Tindakan

Antara contoh yang ingin saya beri adalah bagaimana untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak memberi perhatian dan mengantuk dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran.
Circle 1:
Menggenakan hukuman kepada pelajar yang tidak memberi perhatian dalam kelas dan mengantuk dengan menyuruh mereka melakukan kerja rumah tambahan,kemudian memantau samaada mereka masih lagi tidak menumpukan perhatian atau mengantuk dalam kelas atau tidak,jika kaedah ini masih tidak brjaya guru akan menukar kepada kaedah lain
Circle 2:
Menggalakkan pelajar aktif dalam kelas dengan memperbanyakkan aktiviti dalam kumpulan sesuai dengan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pelajar tidak hanya mendapat input daripada guru sahaja sebaliknya dapat menukar pendapat dan input daripada rakan sebaya selain dapat menumpukan perhatian dan rasa mengantuk di dalam kelas.
Circle 3:
Jika kaedah circle 2 masih kurang berkesan, guru akan bertukar kepada kaedah yang lain, iaitu melakukan aktiviti di luar bilik darjah/ dilapangan. Pelajar- pelajar mungkin akan rasa lebih seronok dan teruja untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Kajian Tindakan

  • Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran

  • Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan

  • Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesyen perguruan

  • Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar

Jenis- Jenis Kajian Tindakan

terdapat 4 jenis kajian tindakan

i) peringkat individu

ii) peringkat kolaboratif

iii) peringkat sekolah

iv) peringkat daerah

Konsep Kajian Tindakan


Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

Menurut McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Kajian Tindakan? ape tu?

  • Penilaian kendiri yang berbentuk perubahan dibuat berterusan berdasarkan penilaian berterusan

  • Mengikut Blum, penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat- iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis

  • Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain